Siti Hajar usahawan berjaya kelahiran NBOS

Berkat kegigihan dan semangat tidak mengenal erti putus asa menjadi azimat bagi Siti Hajar Husnan, 31, untuk muncul sebagai usahawan pes masakan tradisional Melayu yang berjaya dan dikenali ketika ini.
Siti Hajar menghasilkan 12 produk perencah makanan menggunakan jenama Ieja, antaranya Pes Masakan Hitam, Soto, Rendang Tok, Sambal Tumis Bilis, Pes Asam Pedas dan Gulai Kawah yang semuanya dihasilkan di sebuah bengkel.
Ibu kepada empat orang anak itu berkata, apa yang membanggakan produk tersebut sudah menem busi pasaran sekitar Lembah Klang, Singapura dan Jordan, selain pasar an utamanya di negeri ini.
“Idea untuk mengusahakan produk ini lahir ekoran kekangan masa untuk memasak kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah kilang elektronik di Singapura.
“Oleh itu, saya berhenti kerja dan menjalani kursus penghasilan pes di Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) Johor Bahru. Saya memberanikan diri memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mengolah resipi sendiri dengan bantuan suami, Azlan Ismail, 47,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Layang-layang dekat sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini, menyebut Siti Hajar antara usahawan yang berjaya.
Menurut Siti Hajar, mulanya dia hanya memasarkan produk-pro duk di kedai makan dan restoran ber hampiran, namun setelah mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, dia mula memasarkan produk di pasaran terbuka dan secara dalam talian.
Siti Hajar turut menyertai pelbagai program promosi termasuk anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian yang menjual secara langsung kepada pelanggan.