Berkat kegigihan dan semangat tidak mengenal erti putus asa menjadi azimat bagi Siti Hajar Husnan, 31, untuk muncul sebagai usahawan pes masakan tradisional Melayu yang berjaya dan dikenali ketika ini.
SEBUT sahaja nama pekan Kajang pasti ramai yang akan memikirkan tentang Sate Kajang Haji Samuri. Mungkin ramai yang hanya mengenali kesedapan Sate Kajang tetapi tidak mengetahui dari mana ia bermula dan siapa yang menciptanya.